BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 25, 2011

Apa plan..?

Argghhh..menyesalnya ! apsal la aku buat gtu..mcm mana boleh hilang kawalan ni..ish.
fokus tika..fokus ! jgn sampai misi gagal la woii..! haiye...
~~~

Hah...apa aku nak coret ni takde kena mengena pun yg atas tu :p Iklan je tu..^^..
Mmm baru balik tadi ni..tadi ada meeting kat sekolah..habis meeting g makan kat mapley..lapar ya amat. Habis makan..g jalan2, terbeli kasut pla :p Kan aku dah janji..nak kasi reward kat diri sendiri sebab tak dapat tukar :) Pelik btul konsep ganjaran aku ni.. ;p
Yep..permohonan pertukaran antara negeri aku tidak diluluskan. hehe..nasib la..aku memang takde alasan kukuh minta tukar tu..keputusan on9 keluar hari ni..tapi aku dah tau dari minggu lepas lagi. Bos kasitau. Masa tu memang kecewa gila..tapi sekarang dah rasional dah. Tu yg fikir nak berbelanja ni..dah lama tak beli2. Eh..yeke?? haha. Then nak beli selipar kaler merah tadi..tapi takde yg berkenan. Aku tak tau la eh..favret kaler aku sebenarnya hijau. Dari dulu lagi. Tapi tak fahamla kenapa barang2 aku banyak yg kaler merah. Asal nampak benda kaler merah je..mesti nak pegang, nak belek2. Kalau berkenan, beli. Macam ada aura la merah ni. Tertarik menarik memang da bomb la ! :D Suka pd kaler merah dah mengatasi hijau favret kaler aku haha. Agaknya terbawa2 dgn kaler favret team aku, Arsenal kott..;p

Minggu ni minggu last sekolah sebelum cuti dua minggu. Mid year exam pun dah nak tamat. Apa plan aku masa cuti eh? kalau hari tu orang tanya pasal plan aku time cuti ni..aku jawab aku takde plan. Just rehat2 kat rumah. Kalau ada g mana2..pegi la. Tapi sekarang..?? hahahahaha..
Yei ! nak pegi bercuti :)) sebelum g berjalan..hujung minggu ni nak g Gunung Ledang lagi ! nak yei la juga..sebab aku suka gunung ledang. Kali ni bersama pelajar. Lebih meriah lagi May n Teo (kaunselor praktikum) pun ikut sekali. Ada BBQ lagi..mesti happening :)

Kawan2 pun banyak yg kawin cuti ni..harap kali ni berpeluang aku nak pegi. Selalu sangat dah tak berpeluang pegi kawan kawin. Ada je halnya. Nanti kang time aku kawin dorang pla tak nak datang nt :p harap2nya tak gtu la kan.. :D So cuti ni kalau berkesempatan InsyaAllah..ada la muka aku ni ek ^^

Minggu kedua cuti..yes2! masa utk g berjalan dgn kawan2 tersayang :) aku la punya idea tu nak ke utara. Rindu sangat nak jalan2 kat belah2 sana. Bila sebut utara je..mesti terbayang Perak dulu. Rindu UPSI..^^ rindu family angkat kat Bota..rindu la semua kenangan kat Perak tu. Lagipun aku lebih suka pemandangan kat highway belah utara ni..banyak gunung ganang n batu batan..cantik ! Aku suka jalan kat Penang..suka makanan sana :) Aku suka Penang walaupun bandarnya sibuk. Tapi belum pasti lagi kitorang nak ke negeri mana yg utamanya. Mungkin takat Penang je..tak pun alang2 sampai Perlis terus ;) Nak g bermandi manda..soping2.. Dalam 3-4 hari juga kot kitorang ambik masa nanti..Isnin depan tu nak sekolah dah. Vavavaaa excited ni. Harap semua berjalan lancar n selamat segalanya.. :)

Naik sekolah nanti..kembali ke asal.. Banyak program nak kena run nanti..lawatan, hari terbuka, seminar, sukan tahunan lagi..wahh seronoknyaa ! :D

Oke..oke.. Jia You !! ^^..

0 ulasan: