BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 08, 2011

Great experience ever~

First of all..HAPPY MOTHER'S DAY to all mommas in the world~ esp to my Ummi..PUAN BALKHIS BINTI MOHD NOOR..thanks for everything..n love u soooooooo much!! :) :) :)


Mmm..hari jumaat lepas baru balik dari pulau tinggi, mersing. Pegi hari isnin tu. Kira seminggu la. Ada Program Penghayatan Taman Laut Zon Selatan Peringkat Kebangsaan. Negeri terlibat johor, N9, putrajaya, melaka, n selangor. Program ni anjuran Pusat Kokurikulum Johor. Ada 98 org pelajar dari negeri2 yg terlibat. Pertama kali sy menjejakkan kaki ke pulau tinggi ni..sebelum ni dengar2 namanya je. Sebenarnya sebelum nak pegi tu..dalam dilema juga nak buat keputusan sama ada nak pegi or tak..sebab dlm minggu tu juga beberapa program kaunseling nak kena run kat sekolah. Tapi melihatkan kepada tentatif program kat pulau tinggi ni..rasa sukar sekali untuk lepaskan peluang. Semua ni pengalaman baru bagi sy..kalau tak ikut pasti rugi n rasa menyesal. Lebih2 lagi prorgram ni peringkat kebangsaan..mesti banyak benda baru sy boleh belajar di peringkat ni. So bila keje kat sekolah dah setel..sy pun berangkat dgn senang hatinya.. :)
Hari isnin (2 mei) bertolak..sy tumpang cikgu2 pusat koku segamat juga..kami berempat (aku sorang je pompuan..syukur selamat pergi balik ;p)
sampai kat pusat koku negeri pun dah malam..so malam tu bermalam kat sana..pagi2 esoknya baru bertolak ke jeti. kat pkk negeri masa tu dah ada beberapa org jurulatih johor yg lain dari daerah2 lain termasuk pelajar johor yg terlibat utk program ni (20 org). tugas sy dalam program ni sebagai jurulatih pengiring yg akan sentiasa bersama dgn pelajar2 kontinjen johor dan juga kumpulan pelajar yg akan dibentuk semasa program ice breaking nanti.
Pagi esoknya (selasa 3 mei) kami bertolak ke Jeti Tg. Leman, mersing. dah setel smua urusan kat jeti..kami gerak ke pulau tinggi naik feri n ada yg naik bot juga. perjalanan ambil masa dalam 1 jam lebih juga baru sampai pulau. kat sana beberapa orang pegawai Jabatan Taman Laut dan Taman Negara Tg Piai sedia menanti kehadiran kami. Kebanyakan aktiviti kami kat sini dikendalikan oleh pegawai2 ni. Sampai je..sy dah terpukau dengan air lautnya yg jernih n cantik sangat. Sabar ye..sabar..:) Aktiviti hari pertama tak pack sgt..cuma taklimat, dirikan khemah, ice breaking n malam ada ceramah. Sy dapat kumpulan pelajar yg nama kumpulannya Pulau Redang :)
Keesokannya (rabu 4 mei) ada aktiviti Pembangunan Lestari Pulau Impian (ala2 istana pasir), Ikan Baja (anak ikan air masin yg dah mati diasingkan ikut jenis..kemudian ditanam), Gua Angin (ala2 blind trail), Kajian Bakau (kami trekking ke kawasan hutan bakau kat pulau ni. Masa kat hutan bakau ni selain aktiviti 'berkenalan' dgn pokok bakau dan menanam bakau baru, kami juga jalankan aktiviti Penyamaran). Kemudian malamnya kami ada aktiviti Kolam Sentuh (bukan kolam la eh..cuma akuarium. Ada spesies2 hidupan marin yg diletakkan dalam akuarium ni..dan kami berpeluang memegang dan membelainya. yang ada masa tu gamat, ikan 'Nemo' sekeluarga, landak laut n beberapa jenis coral yg cantik. masa sy pegang je gamat yg besar tu..tiba2 dia pancut air mcm kencing. baru tau..gamat akan bertindak mcm tu bila dia rasa cemas. landak laut tu tak boleh pegang la eh..tapi yg ada tu kecik punya. Menurut pegawai JTL tu..duri landak laut yg paling besar boleh menyerupai sebatang pensel 2B).
Wah..aktiviti 5 mei ni yg ditunggu2 ni. pagi tu sy bersama jurulatih lain membimbing ahli kumpulan dalam aktiviti water confident dan kemudian kami buat asas snorkeling kat pantai berhampiran tempat kami berkhemah tu (cuma ajar pakai mask n J tube dan juga ajar floating. sy pun tak la pandai sangat..baru2 belajar juga). Lepas minum pagi 10 kumpulan pelajar dibahagi dua utk buat dua aktiviti serentak. Dan kami akan rotate lepas rehat tengah hari nanti. Kumpulan A akan buat snorkeling dulu..manakala Kumpulan B akan buat Marine Debris. (Kumpulan aku la tu kumpulan B..yg akan rentung bersnorkeling petang nanti ;p) Sebenarnya kami tak snorkeling kat pantai tu..kami akan bergerak naik bot ke Pulau Mentigi (tak ingat berapa lama perjalanan..tapi agak dekat juga dgn pulau tinggi). Apa tu Marine Debris? nama yg sangat cantik kan..cuba cari apa makna debris kat dalam kamus. Walaupun nampak mcm lekeh je..tapi aktiviti ni sangat menarik sebenarnya. Macam2 khazanah jumpa :) Petang tu..yes2! giliran kumpulan kami ke pulau mentigi. masa tu dia punya panasss..mmmm pendam n senyum jela ya. tapi takpe..excited ni. sejujurnya sy juga pertama kali nak bersnorkeling ni. rentung pun rentung la. mula2 mmg sy sentiasa bersama pelajar..lepas tu bila dah start snorkeling sendiri..hambik..budak pun dah tah ke mana (cis..hampeh punya jurulatih! ;p) Tapi takpe..ada ramai jurulatih sana..lagi pun kami dibantu oleh pihak taman laut n taman negara. Wowww~ sangat2 menakjubkan! terlalu mengasyikkan khazanah dasar laut..ikan2 yg bersusun..coral yg cantik2 n pelbagai warna, saiz n bentuk..sy benar2 terpana dgn makhluk ciptaan Allah di alam ini. Subhanallah! memang tak puas..sy berjanji akan buat lagi bila ada peluang lagi nanti. Kat pulau lain pula ;)
Malam tu ada persembahan kumpulan..then kami semua mula kemas2 barang untuk balik esok.
Hari akhir (jumaat 6 mei)..kami ada khidmat masyarakat dan juga majlis penutup yg disempurnakan oleh En. Abd Aziz bin Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor. Selesai makan tengah hari..kami bersiap2 memunggah barang dan mulai menaiki feri ke Jeti Tg Leman dan bertolak pulang ke segamat.
Sampai segamat malam tu dalam jam 9 mcm tu..memang lepak habislah. Sampai sekarang tak hilang lagi sakit2 tangan n kaki..dengan muka terbakarnya (balik tu baru dapat tengok cermin n baru tau rupa semasa ;p). Walaupun gtu..sy tak kisah. pengalaman yg sy dapat kat Pulau Tinggi melebihi segalanya. cewahh! (belum pun sampai rumah jumaat tu..ada cikgu dah mengajak g scuba pla kat tioman bulan 6 ni. nantila difikirkan ;p)
Pengajaran yg sy dapat melalui program ni..hargailah alam sekitar kita. bukan sahaja di darat..tapi juga utk hidupan marin. Debris yg kita buang didarat ni mengambil masa yg panjang utk lupus..yg mana lambat launnya akan turut boleh menjejaskan hidupan di laut. Contohnya plastik yg kita buang..kalau sampai kat laut..penyu akan ingat tu obor2 (makanan dia). then kalau dia makan..boleh mengakibatkan dia mati tercekik. takkan kita sampai hati kan. Lagi satu..ikan kecik yg dijual dipasar pun harus diboikot dari dibeli dan dimakan. Sebab ikan2 ni mempunyai masa depan yg masih panjang. tapi disebabkan perbuatan individu yg tak bertanggungjawab..anak2 ikan ni jadi mangsa penangkapan. very the kesian u know..
Wokeyh..bolehla tengok barang seketul dua gambar yg sy snap pakai henpon kat sana..kamera rosak kan..so guna kamera henpon jela :)


::PEMANDANGAN DI PANTAI DEKAT DGN KAWASAN KAMI BERKHEMAH::


::KAWASAN HUTAN BAKAU::


::PEMANDANGAN PULAU MENTIGI DARI DALAM BOT - KECIK JE PULAUNYA::


::PANTAI PULAU MENTIGI TEMPAT BERSNORKELING::


::PEMANDANGAN PULAU TINGGI DARI PANTAI PULAU MENTIGI - NAMPAK JE DEKAT TU::


::JETI PULAU TINGGI MASA DALAM FERI NAK BALIK::








1 ulasan:

Sir Freddie said...

kat belakang rumah sy pun blh snap gambar2 mcm tu :)