BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011~

Semalam..16 Mei 2011..merupakan hari yg penuh bermakna bagi warga pendidik. Oleh itu di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru sama ada yg dah pencen..yg masih berkhidmat..dan juga buat semua bakal guru. Teristimewa buat guru2 yg pernah mengajar dan mendidik sy sejak tadika sampailah belajar kat universiti. [Taski An-Nur Tawau, SK Bandar I Tawau, SK Bandar Baru Serting NS, SMKA Pedas NS, SMK Batu Kikir NS, Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak]. Terima kasih yg tak terhingga!..dan pada hari ini, atas berkat didikan kalian..sy adalah anda semua :) Sy memahami penat lelah, usaha dan pengorbanan yg pernah cikgu2 buat utk sy masa sy bersekolah dulu. Sy sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu2..semoga cikgu sihat2 selalu, panjang umur, murah rezeki, dan dirahmati Allah S.W.T. Dan hanya Allah juga la yg boleh membalas segala jasa cikgu2 semua.
Tema tahun ni 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'..dan seperti tahun2 yg sudah..kami di SMK Gemereh menyambut Hari Guru dengan meriah sekali. Cikgu2 semua pakat tayang baju baru :) Macam2 acara dah diaturkan oleh badan pengawas dan juga para pelajar lain. Tahun ni cikgu perempuan main boling takraw n anyam ketupat (nasib dalam dewan je..tak payah berjemur ;p)..Cikgu2 lelaki pula main bola tampar. Persembahan pelajar juga menarik dan tak mengecewakan. Then macam biasa..ada juga anugerah untuk guru2. Tahun ni tahun ke3 berturut2 sy dapat anugerah..haha.(cewah..jobo). Kalau tahun pertama kerja (2009) saya dapat Anugerah Guru Paling Comel (comel ke?)..tahun lepas dapat Anugerah Guru Paling Kemas..n tahun ni dapat Anugerah Guru Paling Penyayang. Hahaha..sayangla sangat. Tak kena cubit budak2 ni untung..hehe. Pelajar2 yg undi..tak taulah apa yg dinilainya. Alaa semua tu untuk suka2 je..bagi can pelajar enjoy masa hari guru. Oye..terima kasih la kat pelajar yg bagi hadiah..n buat kek bagai untuk cikgumu ni. Susah2 je..hehe. Lepas tamat kat dewan..kami cikgu cikgi berkumpul kat kantin pla untuk jamuan guru dan bertukar2 hadiah. Ustaz Mustaffa dah dua tahun berturut2 dapat nama sy. Kalau tau hari tu request bunga matahari besar yg fresh satu :p
Enjoyla hari guru tahun ni..cikgu enjoy..pelajar pun enjoy. Bagi can masa hari guru ni je kat budak2..lepas ni sambung jawab exam! hahha. Sy sayang pelajar2 sy (guru penyayang la katakan)..bila dah bersama dorang sejak dorang tingkatan 1..rasa nak tau apa dorang akan jadi bila dah dewasa nanti. Tentunya kami guru2 harap dan doakan yg terbaik untuk pelajar semua. Berjaya dalam akademik, kokurikulum, dan juga punyai sahsiah yg baik. Menjadi orang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. U I Love~ :)

:: BARISAN PENDIDIK SMK GEMEREH SEGAMAT 2011 ::



Imbang Penuh

0 ulasan: