BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 22, 2011

'ijituka'..

Hari ni..22 April 2011~ tarikh tutup permohonan pertukaran guru (egtukar) ^^..
Permohonan secara online ni dibuka pada 1 April yg lalu. Kenapa aku begitu alert? sebelum2 ni tak pernah pun ambik tau pasal ni. Cuma tau kalau2 ada cikgu sekolah yg memohon tukar. Sampaikan sebelum ni ada kawan2 seperjuangan kat U dulu heran sebab aku tak pernah minta tukar. Yela..dorang minta tukar ada sebab kukuh. Aku..nak bagi sebab apa. Dah la baru2 juga posting masa tu. Tak pernah terfikir pun nak keluar dari sekolah ni. Memangla masa nak posting takde dalam kamus hati nak minta johor..dah set dalam minda sejak dahulu kala..tak suka negeri johor (padahal tak pernah duduk johor pun). Cuma ada 2 negeri yg aku paling ingin berada di sana utk posting - Sabah n Pahang. Why? sabah..sabah..sabah. Kenapa ngengada nak duk jauh2 tu? Kalau orang yg tau cerita pasal aku..mesti fikir 'ke arah tu'..mesti fikir aku nak p sana sebab sipolan sipolan. Jujur dari dalam hati..kalau pun aku nak posting sabah dulu tu..takde kena mengena dgn sape2 pun. Betul sangat3! Sabah tu besar..n negeri tu bukan 'dia' sorang duduk..haha. Jujur dari dalam hati juga..tak tau la kenapa..aku merasakan negeri di bawah bayu itu begitu dekat dengan diri ini. Padahal aku pernah tinggal di sana cuma selama 8 tahun. Sejak lahir..sampai aku sekolah darjah 2. Mungkin sebab di sanalah aku mula mengenal dunia..mengenal hidup. Memang aku lahir kt semenanjung..tapi masa tu mana sedar..mana ingat. Lahir2 je terus dibawa ke sabah. Kat sabah la aku mula mengenal alam. Sejak balik semenanjung masa hujung tahun 1992 tu..aku tak pernah lagi jejak ke sana. Naik flight pun dah tak pernah dah. Sedara mara masih ada kat sana..tapi memang tak pernah berkunjung lagi. Dah dorang pun selalu je balik ke semenanjung ni. Then pahang..sebab aku memilih pahang mungkin aku gembira menikmati hidup di kuantan masa aku praktikum. Aku terlalu sukakan bandar kuantan. Ceh..macamla kalau dapat pahang aku confirm boleh dapat kuantan kann.. ;p
So masa nak posting tu memang nak minta Sabah sebenarnya..tapi masa tu tak dapat keizinan pla dari bonda tercinta. Atas sebab2 tertentulah. Jadi aku akur..aku pilih Pahang n N9. Perak pilihan ke3. Entahla macam mana..semua tak dapat..terbeliak bijik mata masa tengok aku dapat johor. Ha..ambik..padan muka aku. Sape suruh tak suka.. Tapi semuanya aku terima dengan redha dan lapang dada..lagipun segamat ni sempadan N9 je..dekat je nak balik kampung.

Sampailah ke suatu masa..aku tiba2 terfikir nak minta tukar! Hahaha. Bukan setakat tukar sekolah or tukar daerah..aku nak minta keluar dari johor ni terus. Perkara tu terlintas n aku dah fikir dalam2 masa tu..n aku nekad. So sebab tula aku ternanti2 tarikh 1 April 2011 hari tu (untuk pertukaran 1 Jun 2011). Aku dah isi..n dah lama pun submit. Guru Data sekolah pun dah bantu utk uruskan semuanya n bos pun dah buat pengesahan. Tahun ni tahun ke3 aku berkhidmat kat sini..mungkin sampai masa utk bertukar angin (ceh..cepatnya boring!) Alasan peribadi? :) :) :) Aku ada sebab aku sendiri. Bukan merajuk tau..(mcm yg bos cakap). N takde kena mengena dengan sape2 pun sama ada individu2 kat sini..ataupun insan2 di negeri aku mohon tu. Aku sayang kawan2 aku kat sini. Aku percaya ada antara dorang yg risau dgn permohonan aku. Tapi percayalah..memang takde kena mengena dengan sape2. It just about dreams~ MY dreams. Alaa..tu pun belum tentu dapat lagi. Baru mohon. Banyak lagi prosesnya. Macam2 pendapat orang aku dengar. Ada yg menaikkan semangat (esp my beloved family) n ada juga yg melonggarkan semangat. Takpe..aku cuma mohon. Kalau dapat..syukur ahamdulillah. Andai tak berjaya..aku akan meneruskan khidmat di sini dengan gembira (sambil try mohon lagi lain kali..haha). Keputusannya dijangka 25 Mei. So dah lepas April..tak sabar n berdebar pla menanti bulan mei ^^. Just wait n see~

0 ulasan: