BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 25, 2011

Gunung oh Gunung~

Baru-baru ni iaitu pada 9 April yang lalu..saya berpeluang mendaki Gunung Ledang, Johor bersama beberapa orang rakan sekerja saya. Aktiviti ini anjuran Kelab Bilik Guru dan Staf (KEBIRUS) SMK Gemereh, Segamat. Sangat teruja saya pada masa itu, sebab inilah kali pertama saya nak daki Gunung Ledang. Padahal dah 3 tahun kerja kat Segamat ni..yg boleh dianggap sekangkang kera je dengan kawasan pergunungan tu. Pegi mandi manda kat air terjunnya pun tak pernah lagi :p
Masa study dulu..ada juga rakan2 sekelas yg ikut aktiviti mendaki Gunung Ledang ni..tapi masa tu saya tak dapat pegi sebab terlibat dengan program yg lain. Gunung Ledang adalah gunung ke4 saya pernah daki sepanjang hidup saya. Saya sangat minat mendaki gunung..tapi mungkin faktor kekangan masa yg buatkan minat ni sikit terbatas. Kali pertama daki gunung masa tingkatan satu, anjuran sekolah saya. Daki Gunung Angsi, N9 masa tu. Saya masih ingat lagi pengalaman tu..kami semua berjaya sampai ke puncak dengan gembiranya..haha. Tapi macam tak penatlah masa tu. Naik n turun laju je..lepas tu takde pun nak sakit2 kaki macam sekarang. Kecik lagi kot masa tu. Badan pun ringan lagi. Hehe~
Bayangkan la..lepas je daki Gunung Angsi tu..saya tak pernah lagi daki gunung sampailah masa study kat UPSI! Masa tempoh saya sekolah sampai form 6 tu pun..sekolah takde dah buat aktiviti daki gunung. Sebab tu takde peluang dah kot. Nak pegi sendiri tak pandai. So masa study, saya bersama kawan2 berpeluang daki Gunung Datuk kat Rembau, N9. Saya pegi tu masa saya sem 4. Kami bermalam kat kaki gunung. Pengalaman daki Gunung Datuk sebenarnya sangat manis dan saya simpan dalam hati walaupun masa daki tu ada insiden kat puncak gunung yg meninggalkan parut kat tangan saya sampai sekarang. Kalau sape2 berpeluang ke Gunung Datuk, jangan lupa beli cendol, abc, n cucur udang yg ada jual kat kaki gunung tu. Memang mantopp! Terasa lagi sampai sekarang :)
Then tahun lepas..saya berpeluang daki Gunung Berlumut kat Kluang, Johor. Pendakian ni merupakan satu pertandingan antara daerah iaitu 'Cabaran Kluang' yg dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Negeri Johor. Jadi saya bersama beberapa orang rakan dan juga beberapa orang pelajar telah mewakili Pusat Kokurikulum Cawangan Segamat dalam pertandingan ini. Dalam cabaran ni, syaratnya para peserta cuma perlu sampai di check point 3 sahaja atas faktor masa. Tak silap ada 4 check point semua. Terus terang, saya tak suka daki Gunung Berlumut ni. Ketinggiannya lebih rendah daripada Gunung Ledang, tapi tak taulah kenapa penatnya daki gunung ni lain macam. Turun lebih2 lagi. Mungkin faktor kecuramannya. Malam tu punya sakit kaki..rasa macam tak boleh nak berjalan :(
Gunung Ledang yg baru dipanjat baru2 ni merupakan gunung yg paling saya suka setakat ni :) Sejak sekolah..n masa study juga..kalau mendengarkan nama Gunung Ledang, saya merasakan yg gunung ni begitu gah sekali. Begitu hebat. Dan orang yg berjaya daki gunung ni juga saya rasa sangat hebat. Saya selalu juga mendengar cerita tentang kesukaran mendaki Gunung Ledang sebelum ni. Dan saya berazam nak rasai sendiri pengalaman tu. Alhamdulillah, impian tu dah pun tercapai. Dengan ketinggian 1276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Sememangnya Gunung Ledang yg dikaitkan dengan kisah lagenda Puteri Gunung Ledang ini sangat kaya dengan spesies tumbuhan yg sukar ditemui di mana2 tempat pun dalam dunia ni. Sangat unik, cantik n so amazing! Dari aspek kesukaran, Gunung Ledang merupakan gunung ke6 paling sukar didaki di Malaysia ni. Lagi susah dari Gunung Kinabalu tau (No. 12). Berdasarkan pengalaman saya, cabaran yg dilalui tidaklah terlalu sukar melainkan kekangan dari aspek tenaga dan juga keupayaan kaki. Haha. Kesukaran yg ditempuh itu sebenarnya begitu menarik dan menjadi pengalaman berharga buat para pendaki. Kecewanya saya di sini apabila kami tak dibenarkan mendaki sehingga ke puncak (check point 8) atas faktor keselamatan. Sebaliknya kami perlu mendaki sehingga check point 7 sahaja (Bukit Botak). Tapi bersyukur juga sebenarnya sebab masa tu memang dah penat sangat. Nampak puncak dari check point 7 tu..mak aiih jauhnya lagi. Nasib tak pegi..haha. Bila dah penat tu fikir nak turun cepat je. Tu pun rasa macam nak terbang je terus sampai bawah. Masa tu sampai bawah dah manghrib juga..sebab kami mula lewat. Itulah serba sedikit pengalaman saya mendaki gunung. Aktiviti ni aktiviti yg sihat. Memang penat..tapi bagi saya apa yg penting adalah double S - Stamina dan Semangat. Bukan faktor umur yg menentukan keupayaan seseorang itu untuk mendaki sehingga ke puncak. So..next gunung?? :)


Antara memori yg sempat dirakam ketika daki Gunung Ledang [ Kredit utk Tn. Hj. Lot~ tq :) ]










2 ulasan:

Sir Freddie said...

mcm kenal je beg tu..hehe..bila nak ajak sy mendaki ni?

tika thiqs said...

ahahah..rindu ke dgn beg tu?
daling kena bw sy daki kinabalu dulu..