BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 19, 2009

Lelaki Ini~

Percaya atau tidak..benar atau tidak..lelaki sebenarnya lebih kuat membebel berbanding perempuan. Namun sifat ini tidaklah digeneralisasikan kepada semua kaum Adam..hanya sebahagiannya begitu. Atau pun kebanyakannya memang begitu. Kita semua tahu, sikap lelaki yang lebih suka simpan dan tengok je kalau ada apa-apa. Berbanding perempuan yang lebih suka cakap dan terus terang. Atau dengan kata lainnya marah je kalau ada yang menyakitkan hati ;)
Tapi ada juga lelaki yang menggunakan kaedah bebelisme ni kalau ada benda yang dia tak puas hati. Jangan kata perempuan je yang suka besarkan hal kecik..lelaki pun lebih kurang je. Bila dah stat enjinnya tu..memang sentap habislah. Berbicara berdasarkan pengalaman..situasi macam ni saya lalui sendiri bersama lelaki2 yang signifikan dalam hidup saya. Kepada sahabat2 perempuan di luar sana..cuba check perkara ni. Kalau kalian juga mengalami perkara yang sama..apa yang kita perlu buat ialah diam je sampai dia habis cakap. (diam2 pun..panas juga telinga). Kalau dia tanya jawablah. Jangan melawan balik sebab takut kita hilang kawalan..kot2 terkeluar kata2 yang tak sepatutnya atau pun kita bantai pulak melalak kat situ. Tak pun buat je macam saya..dia cakap2 tu tak payah layan sangat..diam je sampai bila kita rasa nak cakap balik. Tengoklah dalam sehari dua ke..atau dua tiga hari lagi ke :)
Perempuan memang kompleks..tapi lelaki paling susah difahami. Itu pandangan saya sejak dulu. Sekian.

0 ulasan: