BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 15, 2009

Bermula di Sini

TIKA INI...kenapa Tika Ini?tika nama saya. Dalam BM 'tika' tu merujuk 'pada waktu', 'ketika', dan 'saat'. Ceh..kalau betul la tu. Jadi tajuk blog saya ni bermaksud pada waktu ini..sekaligus merujuk pada diri saya juga..iaitu Tika. Sebenarnya dulu..saya tak guna tika pun sebagai nama singkatan. Saya masih ingat..sejak lahir mak ayah saya panggil saya Athiqah. Adik saya yang kedua tu pun panggil macam tu masa kitorang masih kanak-kanak. Tak lama tu..mak ayah saya tuka..panggil Along pulak bila dah besar sikit. Tu kat rumahla. Kat sekolah..masa kat Sabah dulu..saya tak pernah dengar orang panggil saya selain daripada Nurul. Jadi bila balik semenanjung..orang mula panggil saya Athiqah..atau Tiqah. Pelik pulak saya rasa masa tu. Tapi lama2 jadi dah biasa. Ada sorang cikgu masa sekolah rendah dulu panggil saya Ati. Haha gelinya. Mm..dialah satu2nya insan yang pernah panggil saya Ati sepanjang hidup saya setakat ni. Sampaila sekolah menengah..nama Tiqah tu memang dah sebati dengan saya. Ada juga kawan2 yang panggil Tiq..atau Thiqs. Nama Tika tu hanya wujud masa saya mula belajar kat UPSI. Kawan2 panggil n tulis nama saya Tika. N masa tu ramai juga yang panggil saya Ika. Sampai sekarang ni..bila dah keje..ada 4 nama orang panggil saya kat sekolah. Cikgu Athiqah, Tika, Ika, Nurul. Ada cikgu tu..kadang2 panggil saya Nurul. Kejap2 Athiqah. Mm..tak kisahla apa pun..bunyi lebih kurang je. Yang penting semua tu nama saya yang akan digunakan untuk memanggil saya di 'sana' nanti :)

0 ulasan: