Morning! selepas seminggu cuti raya..hari ni statlah bekerja semula..Macam mana raya..ok ke?Aku tak duduk kat rumah sangat masa cuti raya hari tu..penat berjalan. Serius penat. Raya pertama tu lepak kat rumah. Lepak la sangat..sebok melayan tetamu sebenarnya..sampai malam. Then raya kedua dah bertolak ke Perlis pla dengan family belah omak den. Actually transit kat Sg. Klah dulu malam tu..rumah family makcik den. [[huuu..tak dapat mandi Hot Spring..hujann.. ;(( to all my beloved best3 friends~sue,yus,sal,ros,yanie~ingat kenangan manis kita kt sana k..rindu kan..]] Then esoknya tu baru sambung perjalanan ke Perlis utk ziarah kubur arwah pakcik den..petang tu smpai sana. Selesai..kitorang turun Kedah..bawa nenek p jumpa adik beradik dia yang tinggal kat Guar Chempedak. Cuma dua orang adik beradiknya yang ada kat sini. Ramai lagi kat tempat lain. Ada yang tinggal kat Penang, kat Sitiawan, kat Pulau Pangkor, kat KL.. Seronokla..walaupun berlainan agama..tapi rasa rapat n sayang betul. Dah nama pun adik beradik kan. Bak kata pepatah..air yang dicincang takkan putus..betul ke?;p Tengokla gambar diorang kat bawah ni..comel je, sebab smua pakai tongkat..hehe. So kitorang bermalam kat Sg Petani..esoknya tu p raya kat Parit Buntar pla..rumah sdara jugala..sdara jauh. Then trus balik rumah semula. Tengah malam sampai. Tak taula..berada kat negeri2 belah utara ni..aku rasa seronok je. Rasa macam dekat di hati..selain N. Sembilan trchenta la. Terfikir juga..kalau dah berkeluarga nanti..nak ajak laki aku duk utara. Perak especially. Kalau nak tau, sejak dulu2 aku suka sangat bandar Kuantan n Penang. Sampai sekarang masih suka. Then bila belajar kat Perak..n round2 kt belah2 sana..aku rasa suka juga. Macam aku kata tadi..rasa dekat di hati. Sebab tu masa nak posting aku minta Pahang, Perak, n N. Sembilan. Tapi dapat pla Johor..tak pelah..bersyukur je ;) Sterusnya raya kelima ada kat rumah..tapi tido je keje aku. Kawan2 adik aku je yang ramai datang. Petang tu kami sefamily brtolak g KL pla..raya kat rumah sdara sana. Malam tu tido kat rumah my Makdi kat Damansara. Esoknya tu balik, raya kat Seremban pla. Sampailah petang baru balik rumah..sebab malam tu ada orang nak datang rumah pla. So malam tu ramaila yang datang. Pakcik makcik den yang belum datang, then kawan2 sekolah rendah n menengah. Tak dapat sangat nak layan sdara sendiri..leka layan kawan2 yang dah lama tak jumpa. Paling tak sangka..my best friend dari sekolah rendah..Anuar Piji yang kecik meleding tu dah nak kawin bulan 11 ni. Dia bagi kad jemputan sekali hari tu. Macam tak percaya je. Dia keje kat Sarawak..jauh2 tu nak berteman katanya. Yelah kan..btul juga tu. Nway..congrats! Bagus2..Lepas ni susahla kita nak gaduh2 lagi..hehe. Esoknya tu raya Rembau..semalam pla g Bangi rumah sepupu den. Petang tu balik la i ke sarang..kat Gemereh ni ha..setelah hampir setahun, masih belajar untuk menyukai mencintai dan menerima bumi Segamat. Berbeza dengan tempoh cuma 4 bulan masa praktikum kat Kuantan. Entahla..demi tugas kan..cewah. Cerita pasal tugas..jadual aku agak padat lepas ni sampaila cuti hujung tahun nanti. Minggu depan PMR bermula. Lepas PMR nanti bersilatla aku dengan program lepas PMR bermula 14 Okt until 20 Nov. Lama tu. Macam2 aktiviti dah dirancang. Paperwork pun dah submit. Harap2 smua brjalan lancar walaupun mesti penat nanti. Sambil2 tu ada juga program lain..macam 24/25 Okt nanti ada family day utk guru2 n staf sekolah. Buat kat Port Dickson..mesti happening. Lepas tu SPM pla nak menjelma. All the best utk smua candidates, baik utk PMR atau pun SPM ;)
Orait..till now..daaa...
*makan malam masa ni*
*mak den yang paling lawa pakai baju kuning tu ;))*
*den, aboy (laki orang), hafiz (bujang..kot), anuar (bakal naik pelamin..tgk tangan kiri dia pegang kad jemputan nak bagi aku ;D)*

0 ulasan:
Post a Comment